Seo Services

Kerajaan Tambah Ganjaran Pemenang Pingat Olimpik Rio

Foto Berita Harian
PUTRAJAYA: Semua pemenang pingat perak dan gangsa negara pada temasya Sukan Olimpik Rio 2016 akan menerima tambahan imbuhan RM200,000, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, dengan pengumuman ini pemenang pingat perak akan membawa pulang keseluruhan imbuhan berjumlah RM500,000 manakala pingat gangsa RM300,000.

Beliau berkata, biarpun negara gagal mendapat kilauan emas pada edisi Olimpik kali ini, namun setiap atlet tetap dianggap sebagai wira dan wirawati negara.

"Walaupun kilauan emas tidak dalam genggaman kita tetapi kita sudah mencatat kejayaan terbaik dalam sejarah penyertaan negara di Olimpik.

"Kejayaan di Rio ini kita harap tidak terhenti di sini, jadikan ia sebagai asas untuk kita terus melangkah ke hadapan bagi mencapai lebih kejayaan di masa depan.

"Saya yakin dan percaya di Sukan Olimpik Tokyo pada 2020, pingat emas mampu jadi milik negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menyambut ketibaan Kontinjen Sukan Olimpik Rio 2016 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Kabinet.

Kira-kira 1,000 peminat sukan tanah air terdiri daripada pelbagai bangsa berkumpul sejak jam 12 tengah hari untuk sama-sama menyambut ketibaan kontinjen negara yang diketuai Chef de Mission, Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid, serta 27 atlet dan pegawai pengiring.

Turut serta dalam penerbangan pulang mengiringi atlet ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Pada Olimpik Rio 2016, Malaysia berada di kedudukan 60 dengan memperoleh empat perak dan satu gangsa.-BH

Kerajaan Tambah Ganjaran Pemenang Pingat Olimpik Rio Kerajaan Tambah Ganjaran Pemenang Pingat Olimpik Rio Reviewed by Unknown on August 24, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.