KUALA LUMPUR: Dua rakyat Malaysia adalah di antara 282 penumpang dan 18 kru pesawat Emirates yang mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada hari ini.
Emirates di laman Facebooknya mengesahkan tidak ada kemalangan jiwa dalam insiden itu yang membabitkan penerbangan EK521 yang terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Trivandrum di Thiruvananthapuram, India, ke Dubai.
"Semua penumpang diambil kira dan selamat," kata Emirates, yang menyifatkan kejadian itu sebagai 'masalah operasi ketika mendarat'.
Syarikat penerbangan itu berkata mereka dalam pesawat Boeing 777 itu adalah dari India (226); United Kingdom (24); Emiriah Arab Bersatu (11); Amerika Syarikat dan Arab Saudi (masing-masing enam); Turki (lima); Ireland (empat); dua masing-masing dari Australia, Brazil, Jerman, Malaysia dan Thailand; dan satu masing-masing dari Croatia, Mesir, Bosnia & Herzegovina, Lubnan, Filipina, Afrika Selatan, Switzerland dan Tunisia.
Emirates menyatakan perhatian utama akan terus diberi kepada mereka yang terbabit dalam insiden itu di samping bantuan kepada keluarga dan rakan. - BERNAMA
Insiden Emirates : 2 Rakyat Malaysia Dalam Pesawat
Reviewed by Unknown
on
August 03, 2016
Rating:
No comments: