Terkenal di sekitar bandar raya Kuching, Laksa Tinot sudah tidak asing lagi bagi penduduk disini. Sebut sahaja Laksa Tinot, pasti ramai yang pernah merasa keenakan laksa Sarawaknya.
Sutinah Pawi, pemilik perniagaan ini lebih gemar dipanggil dengan panggilan Kak Tinot menjalan perniagaan di Jalan Patingan dan beroperasi sejak 16 tahun lepas.
Dibantu oleh tiga orang pekerja, operasinya bermula seawal jam 6:30 pagi sehingga 10:00 pagi, bergantung kepada jumlah pelanggan yang datang. Secara purata, jumlah jualan adalah sekitar 150 ke 200 mangkuk sehari.
Segalanya diusahakan Kak Tinot sendiri bermula daripada resepi sehinggalah pembukaan dan pengurusan premis perniagaannya.
Bermula dengan kuah laksa, Kak Tinot telah menjalankan banyak ujikaji sendiri untuk mendapatkan kombinasi resepi rempah yang menghasilkan rasa kuah laksa yang enak dan seimbang.
Tidak terlalu keras dan tidak terlalu berlemak. Ini menjadikan Laksa Tinot sebagai satu hidangan yang tidak jemu dinikmati walaupun dimakan setiap hari.
Hidangannya terbahagi kepada dua iaitu yang bersaiz kecil dan besar. Bagi yang mendapatkan hidangan bersaiz besar, Kak Tinot akan menghidangkan pelanggannya menggunakan mangkuk istimewa yang tertera dengan ukiran nama “LAKSA TINOT”.
Dengan hobi Kak Tinot yang suka menanam bunga-bungaan, keindahan perkarangan rumah yang dijadikan permis perniagaannya amat selesa dan menenangkan.
Kak Tinot yang petah berbual dan bersifat mudah mesra akan berceloteh menggunakan ‘Bahasa Melayu Asli Sarawak’. Pelbagai peribahasa dan frasa Melayu Lama digunakan membuatkan pengunjung yang datang tidak kering gusi. - Sarawakiana
Laksa Tinot, Antara Yang Terbaik Di Kuching
Reviewed by Azmin
on
August 03, 2016
Rating:
Siney tmpt Tok?
ReplyDelete