UNITED KINGDOM: Lebih daripada 30 universiti palsu ditutup di sini sejak setahun lalu berikutan kebimbangan penjualan ijazah tidak sah yang semakin meningkat.
Menurut kajian yang diterbitkan semalam, Daftar Data Ijazah Pendidikan Tinggi (HEDD), pertubuhan yang memantau ijazah universiti palsu di UK, mengenal pasti sejumlah 62 institusi palsu pada 2015.
Sebanyak 32 daripada universiti palsu itu ditutup oleh penguat kuasa undang-undang dan agensi standard perdagangan.
Menurut Pengarah HEDD, Jayne Rowley, daripada 32 institusi palsu yang ditutup, 25 berpangkalan di luar negara.
"Semua yang ditutup memang benar-benar palsu," katanya yang menggambarkan universiti itu sebagai "laman web yang benar-benar palsu yang berbicara mengenai kampus pelajar sedangkan hakikatnya tiada apapun di situ".
Menurut Rowley, sejak 2011, 220 universiti palsu UK dikenal pasti dan 80 peratus daripadanya tidak lagi aktif. - Agensi
Lebih 30 Univerisiti Palsu Ditutup Di UK
Reviewed by Unknown
on
August 03, 2016
Rating:
No comments: