Seo Services

Masa Depan Cerah Atlet Sarawak


KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem tetap memuji aksi ditunjukkan kontinjen Sarawak sepanjang Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-18 biarpun gagal merangkul gelaran juara keseluruhan.

Beliau berkata, adalah sesuatu yang membanggakan berada pada kedudukan kedua dengan hanya dibezakan dua pingat emas.

Menurutnya, Sarawak memperolehi 57 pingat emas iaitu peningkatan 10 pingat berbanding SUKMA sebelum ini.

"Secara keseluruhan, pungutan pingat kita meningkat. Tahniah diucapkan kepada semua atlet, jurulatih, pegawai dan sesiapa sahaja yang terlibat," katanya menerusi laman Facebook miliknya.

Adenan menjelaskan, peningkatan ditunjukkan atlet Sarawak memberi isyarat jelas tentang masa depan mereka dalam arena sukan peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. -Sarawakiana.
Masa Depan Cerah Atlet Sarawak Masa Depan Cerah Atlet Sarawak Reviewed by Unknown on August 01, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.