Seo Services

Minuman Keras, Rokok Lebih RM1j Dirampas


ALOR SETAR: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Kedah merampas pelbagai jenama rokok dan minuman keras bernilai RM333,406 membabitkan cukai RM1.156 juta di Pelabuhan Jeti Kargo Kuala Kedah di sini, pada 25 Julai lalu.

Pengarahnya, Datuk Abdul Latif Abdul Kadir, berkata rokok seberat 1.630 tan dan minuman keras 1,669.80 liter itu dikesan di dalam tangki sebuah lori yang baru tiba dari Pulau Langkawi sebelum ditinggalkan di jeti terbabit kira-kira jam 10 pagi.

"Kami yang curiga keadaan lori berkenaan membuat keputusan melakukan pemeriksaan imbasan ke atas lori terbabit selepas pemandunya tidak muncul.

"Susulan itu, kita menemui enam ruangan dengan empat daripadanya berisi rokok bernilai RM163,300 membabitkan cukai RM942,837.60 dan minuman keras bernilai RM171,106 dengan cukai RM208,630.05," katanya pada sidang media di Kompleks Kastam Negeri Kedah di sini, hari ini. -BH

Minuman Keras, Rokok Lebih RM1j Dirampas Minuman Keras, Rokok Lebih RM1j Dirampas Reviewed by Unknown on August 01, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.