Seo Services

Pasangan Suami Isteri Gigit Polis Dipenjara


KUCHING: Akibat mengelak diperiksa anggota polis semasa sekatan jalan raya selain bertindak agresif, suami isteri dipenjara lima hari.

Voon Joon Hua, 44 dan pasangannya, Liew Sai Phing, 41, dituduh di Mahkamah Kuching semalam selepas mengaku bersalah mengigit anggota bertugas.

Pasangan tersebut dituduh di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Kedua-dua mereka diperintahkan menjalani hukuman bermula daripada tarikh mereka ditangkap.

Dalam kejadian pada malam Ahad lalu, pasangan terbabit marah dan tidak berpuas hati selepas ditahan dalam satu sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Matang Baru.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Abang Ahmad Abang Julai sebelum ini berkata, kejadian berlaku ketika sepasang suami isteri dalam keadaan mabuk bertindak agresif terhadap dua anggota yang menjalani pemeriksaan ke atas mereka dan berlaku cubaan merampas senjata api daripada salah seorang anggota bertugas.

“Semasa pemeriksaan bonet kenderaan dijalankan, berlaku pertengkaran mulut oleh suspek dengan mengeluarkan kata-kata kesat ke atas anggota bertugas sebelum bertindak cuba untuk merampas senjata api yang disandang oleh seorang anggota berpangkat lans koperal.” katanya.

Semasa menjalankan tangkapan terhadap lelaki berkenaan, isteri kepada lelaki tersebut menghampiri anggota terbabit dan terus membuka bajunya sehingga nampak coli sambil mencabar anggota polis supaya menangkapanya.

Berlaku sedikit pergelutan dimana kedua-dua suspek cuba meloloskan diri dengan mengigit tangan anggota yang menangkapnya.-Sarawakiana
Pasangan Suami Isteri Gigit Polis Dipenjara Pasangan Suami Isteri Gigit Polis Dipenjara Reviewed by Unknown on August 26, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.