Seo Services

Pelawak Along (Cham) & Zila (AF4) Cerai Talak Satu



SHAH ALAM: Pelakon dan pelawak Along (Cham) melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, penyanyi Zila (AF4), kira-kira pukul 10.40 pagi Isnin.

Lafaz berkenaan dibuat Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, di hadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini.

Along selaku plaintif kes berkenaan memfailkan permohonan perceraian itu pada Isnin mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, yang hadir bersama peguam syarie, Nurul Aini Yusoff dilihat cuba bersalaman dengan suaminya namun ditolak lelaki itu.

Along pula yang tiba sejak 8.40 pagi di mahkamah dilihat tenang bersama peguamnya, Roshdan Sujak Rafie.

Bekas peserta program Maharaja Lawak Mega (MLM) itu memberitahu mahkamah mereka sudah tinggal berasingan sejak lima bulan lalu dan Zila selaku defendan dalam kes berkenaan keluar daripada rumah kelamin mereka tanpa kebenarannya.

Jelasnya lagi, isterinya itu bertindak keluar daripada rumah kerana tidak suka dimarahi plaintif disebabkan sikapnya yang malas memasak.

Dalam pada itu, Abdul Halim ketika membaca keputusan selepas lafaz dibuat memerintahkan Zila menjalani tempoh edah selama tiga kali suci berkuatkuasa hari ini.-mStar
Pelawak Along (Cham) & Zila (AF4) Cerai Talak Satu Pelawak Along (Cham) & Zila (AF4) Cerai Talak Satu Reviewed by Unknown on August 29, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.