Seo Services

Sistem Penyampaian Kerajaan Negeri Dipertingkat


KUCHING: Sistem penyampaian kerajaan negeri terus diperkasa dengan penubuhan Jawatankuasa Kabinet Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan (PSDT) yang diketuai Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari dalam sidang media hari ini berkata, terdapat enam bidang keberhasilan utama (KRA) dan skop di bawah jawatankuasa tersebut merangkumi penurunan kuasa dan pemerkasaan, penyampaian perkhidmatan dan kad skor serta strategi perhubungan awam negeri.

Tiga lagi KRA dan skop melibatkan kualiti pendidikan dan modal insan, kesejahteraan masyarakat dan menjadikan Sarawak sebagai kuasa sukan.

"Kita akan membentangkan laporan jawatankuasa kabinet ini kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem setiap dua bulan sekali," katanya.

Selain itu, penurunan kuasa dan pemerkasaan akan dipantau sendiri oleh Abang Johari manakala penyampaian perkhidmatan dan kad skor di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani.

Strategi perhubungan awam negeri diletakkan di bawah tanggungjawab Menteri Muda Solidariti Rosey Yunus dan Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil sementara Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah dan Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahteraan Masyarakat Dr Abdul Rahman Ismail.

Menteri Muda Kebudayaan dan Adat Istiadat Datuk John Sikie dan Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali akan memantau kesejahteraan komuniti.

Sarawak sebagai kuasa sukan akan dipantau oleh Menteri Belia dan Sukan Dato Sri Michael Manyin Jawong dan Menteri Muda Pelancongan Datuk Lee Kim Shin. -Sarawakiana.



Sistem Penyampaian Kerajaan Negeri Dipertingkat Sistem Penyampaian Kerajaan Negeri Dipertingkat Reviewed by Unknown on August 29, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.