KUCHING: Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan termasuk pembalakan haram biarpun statistik Jabatan Hutan Sarawak sepanjang tiga tahun sejak 2014 menunjukkan penurunan hasil rampasan.
Pengarah Jabatan Huatan Sarawak, Sapuan Ahmad berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Pejabat Peguam Besar Negeri Sarawak untuk membawa pesalah ke muka pengadilan.
Malah menurutnya, pihak yang melanggar undang-undang Wildlife Protection Ordinance 1998 juga tidak terkecuali untuk dikenakan tindakan termasuk menjual haiwan terlindung sepenuhnya dan haiwan-haiwan terlindung.
"Amaran diberi kepada semua pihak yang terbabit dalam industri perkayuan, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadao mereka yang melakukan kesalahan hutan.
"Tidak terkecuali kepada yang melanggar undang-undang Wildlife Protection Ordinance 1998 yang menjual haiwan terlindung sepenuhnya dan haiwan-haiwan terlindung, baik mereka yang menjual secara terang-terangan atau melalui media sosial seperti Facebook atau Whatsapp," katanya.
Sapuan menjelaskan, setakat bulan Jun tahun ini dan sebanyak 63 kertas siasatan dibuka selain 9,657 batang kayu dirampas. -Sarawakiana.
Pembalak Haram Terus Dijejak
Reviewed by Unknown
on
August 02, 2016
Rating:
No comments: