Seo Services

Pemuda Maut Pertembungan Kenari Dan D-Max Di Bintulu


BINTULU: Seorang pemuda berusia 24 tahun maut selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan Perodua Kenari dan Isuzu D-Max di Batu 12, Jalan Bintulu-Miri hari ini.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Mengga Chili yang merupakan pemandu Perodua Kenari.

"Mangsa (meninggal dunia) tersepit akibat kemalangan ini dan disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Pemandu Isuzu D-Max pula hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa oleh pihak Ambulans ke Hospital Bintulu. -Sarawakiana.
Pemuda Maut Pertembungan Kenari Dan D-Max Di Bintulu Pemuda Maut Pertembungan Kenari Dan D-Max Di Bintulu Reviewed by Unknown on August 28, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.