Seo Services

UMS Beri Sinar Harapan Kepada Pelajar Kurang Berkemampuan

Foto Berita Harian
KOTA KINABALU: "Kalau ikutkan hati, saya tidak mahu melanjutkan pelajaran kerana keluarga saya tidak mampu. Saya juga memikirkan adik beradik lain yang memerlukan duit untuk belajar," kata mahasiswa baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ejieth Dona Thow, 20.

Ejieth, yang berasal dari Kampung Lugu, Pitas, di utara Sabah adalah seorang daripada 100 mahasiswa yang mendapat bantuan daripada UMS untuk meneruskan pengajian menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) universiti berkenaan.

"Bagaimanapun selepas mendapat bantuan daripada UMS, saya nekad dan bersetuju meneruskan pengajian di universiti berkenaan," katanya ketika ditemui sempena pendaftaran pelajar baharu UMS bagi sesi akademik 2016/2017 di Kolej Kediaman E, UMS, di sini, hari ini.

Katanya, bantuan daripada UMS menerusi program CSR itu memberikan sinar harapan dan keyakinan untuk melanjutkan pelajaran.

"Saya merakamkan terima kasih kepada UMS atas bantuan ini," katanya sambil menjelaskan kampungnya tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.

Program CSR itu bertujuan memberikan peluang kepada calon pelajar yang kurang berkemampuan daripada aspek ekonomi keluarga iaitu isi pendapatan keluarga serendah 40 peratus.

Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah, berkata UMS menyediakan 100 tempat untuk pelajar yang kurang berkemampuan di seluruh daerah Sabah untuk melanjutkan pengajian.

"100 orang yang terpilih ini adalah pelajar yang isi pendapatan keluarganya 40 peratus terendah dan mereka hendaklah melepasi syarat kelayakan minimum yang di tetapkan UPU (Unit Pusat Univesiti).

"Kami tidak mahu anak jati Sabah tercicir dalam pelajaran kerana masalah kemiskinan. Menerusi program ini, UMS sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban keluarga pelajar," katanya. -BH

UMS Beri Sinar Harapan Kepada Pelajar Kurang Berkemampuan UMS Beri Sinar Harapan Kepada Pelajar Kurang Berkemampuan Reviewed by Unknown on August 28, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.