Foto Berita Harian |
SEPANG: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata pencapaian terbaik negara di Sukan Olimpik Rio menaikkan lagi penanda aras negara dalam penyertaan pada temasya Olimpik akan datang.
Katanya, melalui kejayaan membawa pulang lima pingat keseluruhan, Malaysia mencatat kedudukan kedua terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand.
"Pencapaian kali ini menunjukkan peningkatan luar biasa bagi kontinjen negara.
"Daripada saiz kontinjen seramai 32 atlet, kita memenangi lima pingat dan ini mewakili 25 peratus.
"Ini adalah peratusan yang tinggi berbanding penyertaan Olimpik terdahulu," katanya selepas majlis sambutan kontinjen Olimpik negara dari Rio di Kompleks Bunga Raya, hari ini.
Mengenai pemberian ganjaran tambahan daripada kerajaan sebanyak RM200,000 bagi pemenang pingat di Rio, Khairy menegaskan, ia adalah pengiktirafan baik buat atlet negara.
"Saya berada di Rio selama seminggu lebih dan tiada seorang pun yang pernah tanya soal ganjaran kepada saya. Mereka lakukan demi negara," katanya.
Khairy turut berkongsi kisah menarik di Rio.
"Ketika itu, perlawanan final beregu akan berlangsung dan saya ada berbual dengan (Datuk Lee) Chong Wei selaku pemain paling senior. Saya tanya, adakah perlu saya umum penambahan insentif?
"Dia (Chong Wei) kata 'tidak'... tak perlu umum," katanya. -BH
Pencapaian Di Rio Jadi Penanda Aras - Khairy
Reviewed by Unknown
on
August 24, 2016
Rating:
No comments: