Seo Services

Pengurusan Kekayaan Islam Sumber Pendapatan Baharu - PM


JAKARTA: Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia mengenal pasti segmen pengurusan kekayaan Islam sebagai bidang pertumbuhan baharu.

Perdana Menteri berkata, negara juga sentiasa mengintai peluang kerjasama dengan pelbagai pihak lain termasuk industri dan ahli akademik bagi meluaskan hubungan antarabangsa, mengukuhkan bakat dan keupayaan serta mengembangkan pasaran modal Islam untuk manfaat semua.

Katanya, Kewangan Islam umpamanya semakin mendapat perhatian bukan hanya di negara Islam tetapi juga di pusat kewangan antarabangsa seperti Hong Kong dan London.

Semakin ramai yang mengiktirafnya sebagai model pelaburan yang mapan dan bertanggungjawab serta langkah lebih selamat bagi menyokong sistem kewangan global," katanya dalam Ucapan Khas pada perasmian Forum Ekonomi Islam Sedunia ke-12 (WIEF Ke-12) di sini, hari ini.

WIEF ke-12 di sini yang bermula hari ini hingga Khamis bertemakan "Decentralising Growth, Empowering Future Business", dirasmikan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia, Tun Musa Hitam. Memberikan contoh, Najib berkata, pasaran modal Islam Malaysia yang kini bernilai RM1.7 trilion, berkembang hampir tiga kali ganda dalam tempoh 10 tahun lalu, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai destinasi utama urus niaga dan perniagaan patuh Syariah. Malaysia juga terus menerajui pasaran sukuk, menguasai 54.3 peratus daripada sukuk global pada penghujung 2015.

"Saya mahu nyatakan di sini bahawa sejak 2009, kami sudah mewujudkan 1.8 juta pekerjaan, meningkatkan Pendapatan Negara Kasar hampir sebanyak 50 peratus, inflasi kekal rendah dan mencatat paras tertinggi baharu kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI).

"Program transformasi telah membantu Malaysia kekal berdaya tahan ketika kemelesetan ekonomi, membolehkan negara terus mencatat pertumbuhan walaupun harga minyak dan komoditi merosot," katanya. -BH

Pengurusan Kekayaan Islam Sumber Pendapatan Baharu - PM Pengurusan Kekayaan Islam Sumber Pendapatan Baharu - PM Reviewed by Unknown on August 02, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.