Seo Services

Rumah Mampu Milik Jadi Fokus Bajet 2017


KUALA LUMPUR: Rumah mampu milik akan terus menjadi fokus dalam pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober ini dengan beberapa perkara berkaitan akan diberi tumpuan oleh kerajaan.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Othman Aziz berkata, selain fokus rumah mampu milik, harga rumah yang kekal tinggi di sebalik pasaran hartanah yang lembap, permintaan dan bekalan yang tidak sepadan, pelaksanaan sistem bangunan perindustrian (IBS) yang perlahan dan penerimaan teknologi hijau dalam industri turut dibangkitkan.

Katanya, walaupun inisiatif rumah mampu milik oleh kerajaan membawa sedikit momentum tetapi tahap semasa pembinaan segmen rumah mampu milik tidak mencukupi untuk meme­nuhi permintaan.

“Kekurangan yang teruk dalam bekalan rumah mencerminkan ketidaksepadanan antara pertumbuhan bekalan bagi rumah baharu dan peningkatan bersih jumlah isi rumah terutama dalam tempoh lima tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam mesyuarat kumpulan fokus ber­kenaan Mempercepatkan Bekalan Rumah Mampu Milik untuk dibentangkan dalam Bajet 2017.

Mesyuarat itu turut dihadiri Setiausaha Bahagian Dasar & Inspektorat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Normi Nordin dan Setiausa Kehormat Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA), Chang Kim Loong.

Menurut Othman, berdasarkan metologi ‘Median Multiple’ yang dibangunkan Demographia International dan disyorkan oleh Bank Dunia serta Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menilai pasaran rumah di bandar, sesebuah rumah dikatakan mampu milik sekiranya isi rumah boleh membiayainya kurang daripada tiga kali pendapatan tahunan.

“Ini mencadangkan harga rumah sehingga RM165,060 adalah mampu milik kepada isi rumah pertengahan di Malaysia. Bagaimanapun, hanya 21 peratus perumahan baharu yang dilancarkan berharga di bawah RM250,000 pada 2014 memandangkan pemaju lebih tertarik untuk membina hartanah mewah mencecah lebih setengah juta,” katanya.

Beliau berkata, bagi meningkatkan perancangan dan pembangunan rumah mampu milik, pangkalan data bersepadu yang boleh diakses oleh semua pihak berkepentingan akan ditubuhkan bagi memastikan bekalan rumah memenuhi permintaan terutama dari segi kawasan, harga dan kumpulan sasaran. -Utusan Malaysia
Rumah Mampu Milik Jadi Fokus Bajet 2017 Rumah Mampu Milik Jadi Fokus Bajet 2017 Reviewed by Unknown on August 04, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.