Seo Services

Sindiket Curi Motosikal Tumpas

Foto Berita Harian
KANGAR: Sindiket mencuri motosikal di masjid pada waktu Maghrib di daerah ini tumpas, apabila empat ahli kumpulannya ditahan polis, minggu lalu.

Kumpulan yang dikenali dengan nama Chemumar yang diketuai remaja berusia 17 tahun itu dipercayai terbabit dalam 50 kes mencuri motosikal sejak 2014.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan uari Kiew, berkata selain masjid, kumpulan ini juga menjadikan kawasan parkir di sekitar bandar dan Hospital Tuanku Fauziah sebagai lokasi untuk kegiatan itu.

"Modus operandi kesemua suspek berusia 15 hingga 22 tahun adalah menyasarkan motosikal yang hanya menggunakan kunci standard dan tidak mempunyai kunci tambahan sebagai langkah keselamatan.

"Mereka hanya menggunakan kunci allen yang diubah suai, motosikal itu dengan mudah dicuri dan berdasarkan pengakuan suspek, tidak sampai satu minit diperlukan untuk mencuri kenderaan terbabit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, di sini, hari ini.

Wari berkata, kumpulan ini akan mencuri motosikal kategori kapcai dan kebanyakannya jenis Honda EX5 kerana mendapat permintaan tinggi. "Motosikal yang dicuri akan dileraikan manakala rangka motosikal itu dibuang di tali air di Bohor Mempelam, dekat Arau.

"Siasatan juga mendapati komponen motosikal itu turut dijual ke Kedah, Pulau Pinang dan Perak dan ada juga motosikal dijual tanpa dileraikan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang memburu seorang lagi ahli kumpulan terbabit dan percaya tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan kerana mencuri yang membawa hukuman maksimum tujuh tahun penjara serta denda," katanya. -BH

Sindiket Curi Motosikal Tumpas Sindiket Curi Motosikal Tumpas Reviewed by Unknown on August 25, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.