Seo Services

SKM ‎kaji semula Akta Koperasi 1993



KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji semula Akta Koperasi 1993 supaya menepati keperluan dalam pengurusan perniagaan.

Pengerusinya, Dr Noor Zari Hamat berkata perkara yang perlu dikaji bagi tujuan pindaan itu diperoleh melalui perbincangan dengan koperasi-koperasi dari seluruh negara melalui SKM di setiap negeri.

“Kami terbuka untuk terima apa jua cadangan atau input anggota koperasi bagi tujuan pembangunan koperasi,” katanya kepada pemberita pada perasmian bangunan Wisma Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad dan pembukaan cawangan Ar-Rahnu X’change, semalam.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebelum ini dilaporkan mahu SKM mengkaji semula akta itu yang dilihat tidak bersesuaian dalam menguruskan perniagaan pada masa kini.-SH
SKM ‎kaji semula Akta Koperasi 1993 SKM ‎kaji semula Akta Koperasi 1993 Reviewed by Unknown on August 02, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.