Seo Services

Suami Kantoi Pukul Isteri Di Sibu

gambar hiasan

SIBU: Gara-gara muncul di pintu bilik hotel murah tempat suami bersama kekasih gelapnya bermalam, isteri mengalami kesan calar di tangan, sakit badan dan kepala selain menerima pukulan di bahagian mata kiri selepas dibelasah suami menggunakan helmet.

Sebelum kejadian pagi semalam, pengadu, 22, seorang ibu muda beranak dua, mencari suaminya yang merupakan penganggur setelah tidak pulang ke rumah sewa mereka di Jalan Huo Ping dekat sini sejak beberapa hari.

Pengadu yang bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran di sini mencari suaminya di sekitar bandar ini mulai jam 9 pagi.

Semasa berada di Jalan Wong Nai Siong, pengadu ternampak motosikal suaminya di hadapan sebuah hotel di Jalan Wong Nai Siong.

Berasa tidak selesa dengan keadaan itu, pengadu mengikut nalurinya memasuki hotel tersebut dan bertanya kepada penjaga hotel sama ada nama suaminya ada tercatat di dalam buku penghuni hotel.

Penjaga kaunter itu bagaimanapun enggan memberi kerjasama dan pengadu mula menangis di depan kaunter malah enggan beredar dari situ.

Simpati rayuan dan desakan pengadu, akhirnya penjaga kaunter tersebut memberitahu nombor bilik suaminya.

Selepas mengetuk pintu bilik beberapa kali, suami pengadu muncul di depan pintu dalam keadaan marah sebelum memukul isterinya dengan helmet.

Pengadu juga mendakwa ternampak kelibat seorang perempuan dalam keadaan separuh bogel bergegas masuk ke dalam tandas untuk bersembunyi.

Katanya, sudah dua bulan suaminya tidak memberi nafkah keluarga dan dia terpaksa bekerja untuk menyara anak-anak mereka.

Difahamkan, suami pengadu berumur 31 tahun pernah ditahan polis sebelum ini kerana disyaki menyalah guna dadah.-UtusanBorneo
Suami Kantoi Pukul Isteri Di Sibu Suami Kantoi Pukul Isteri Di Sibu Reviewed by Unknown on August 25, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.