LOS ANGELES: Seorang lelaki dan dua wanita maut selepas menghadiri majlis hujung minggu lalu di California yang dihoskan Ice Cuba, Major Lazer dan puluhan artis hip hop dan persembahan muzik tarian elektronik.
Ketiga-tiga mangsa adalah antara sembilan yang dimasukkan ke hospital pada Festival Muzik Musim Panas Hard hujung minggu lalu di Fontana, menurut jurucakap Jabatan Sherif San Bernandino, Jodi Miller.
Lebih 146,000 pengunjung menghadiri acara dua hari itu, menurut penganjur.
Mangsa dikenal pasti sebagai Derek Lee, 22, dari San Francisco; Alyssa Dominguez, 21, dari San Diego; dan Roxanne Ngo, 22, dari Chino Hills.
Lee dan Dominguez meninggal dunia awal Ahad dan Ngo pada pagi Isnin. Punca kematian masih dalam siasatan. "Kami amat sedih mengetahui mengenai kematian tiga pengunjung festival ini.
"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan mereka," kata jurucakap penganjur, Alexandra Greenberg, dalam satu kenyataan.
Acara itu dipindahkan ke Auto Club Speedway di Fontana tahun ini selepas dua wanita maut akibat pengambilan dadah berlebihan pada acara tahun lalu di daerah Fairgrounds di Pomona. - AP
Tiga Maut Selepas Hadiri Festival Muzik Di California
Reviewed by uMieySurianie
on
August 02, 2016
Rating:
No comments: