Seo Services

Tujuh Senjata, 623 Peluru Dirampas Dari Kediaman 'Datuk'


MIRI: Polis merampas tujuh laras senjata api dan 623 butir peluru pelbagai jenis milik Datuk Stephen Lee Chee Kiang yang melarikan diri ke Australia, susulan kes pembunuhan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri, Bill Kayong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata senjata api itu dirampas dari kediaman Stephen di Jalan Woodouse, Taman Tanjung Lubang pada jam 10.40 pagi kelmarin.

Bercakap pada sidang akhbar di sini sebentar tadi, beliau berkata, lima senjata api itu adalah senapang patah pelbagai jenama yang dikeluarkan Pejabat Daerah Miri.

"Dua lagi senjata api adalah pistol jenama Glock dan Rifle jenama Ruger Ranch .223 yang mana lesennya dikeluarkan pihak polis," katanya di sini.

Dev Kumar berkata, polis akan membatalkan dua lesen senjata api yang dikeluarkan pihaknya sebelum ini, termasuk senjata api yang dikeluarkan Pejabat Daerah Miri.-BH



Tujuh Senjata, 623 Peluru Dirampas Dari Kediaman 'Datuk' Tujuh Senjata, 623 Peluru Dirampas Dari Kediaman 'Datuk' Reviewed by Unknown on August 25, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.