Seo Services

Warga Indonesia Nyaris Maut Di Sibu


SIBU: Seorang lelaki warga negara Indonesia berdepan detik cemas setelah lori kargo yang dipandunya hilang kawalan selepas bergesel dengan sebuah lagi lori  di kilometer 51 jalan Tatau-Sibu Pelugau awal pagi tadi.

Menurut jurucakap bomba,sepasukan anggota bomba dari Balai bomba dan Penyelamat(BBP) Tatau dikerahkan ke lokasi kejadian.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam  4.50 pagi itu pemandu lori kargo yang dalam perjalanan dari Kuching ke Bintulu bergesel dengan sebuah lori lain sebelum terbabas ke bahu jalan. 

Mangsa difahamkan mengalami kecederaan patah kaki dan tangan kiri.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Saffi dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan selajutnya.-Sarawakiana
Warga Indonesia Nyaris Maut Di Sibu Warga Indonesia Nyaris Maut Di Sibu Reviewed by Unknown on August 05, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.