Seo Services

Kes Pertama Zika Dikenalpasti Di Klang


PUTRAJAYA: Seorang wanita dari Bandar Botanik, Klang dikenalpasti dijangkiti virus zika selepas pulang dari melawat anaknya di Singapura.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata wanita berkenaan berada di Singapura selama tiga hari bermula 19 Ogos lalu.

Katanya, selepas pulang dari negara berkenaan wanita itu mengalami beberapa gejala zika seperti demam dan ruam di beberapa anggota badan.

"Wanita berkenaan sedar mempunyai tanda-tanda demam itu selepas seminggu pulang dari Singapura, dan kemudiannya merujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk pengesahan.

"Hasil pemeriksaan melalui air kencing, mangsa disahkan positif virus Zika bersama anaknya. Manakala suaminya yang turut bersama ke Singapura tidak dijangkiti virus itu," katanya dalam sidang media di kementeriannya, di sini hari ini.

Dr Subramaniam berkata, kementerian sudah mengambil langkah kawalan di kawasan perumahan wanita berkenaan di Taman Botanik bagi mengawal virus daripada berkenaan merebak.

"Saya turut meminta supaya orang awam dapat meningkatkan tahap kawalan pembiakan aedes di kawasan rumah masing-masing," katanya. -BH

Kes Pertama Zika Dikenalpasti Di Klang Kes Pertama Zika Dikenalpasti Di Klang Reviewed by Unknown on September 01, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.