Mampukah Konvoi BERSIH 5 Tarik 5,000 Peserta?

Seo Services

KUCHING: Bersih Sarawak melahirkan keyakinan tinggi Konvoi BERSIH 5 yang bermula 1 Oktober ini mampu menarik penyertaan 5,000 orang biarpun hakikatnya rakyat negeri ini tidak begitu berminat dengan perhimpunan.

Bagaimanapun seorang jurucakap badan bukan kerajaan (NGO) Ahmad Awang tetap yakin memandangkan pihak pembangkang turut dipelawa untuk menyertai konvoi tersebut.

Konvoi bertemakan 'Satukan Tenaga, Malaysia Baru' diadakan menurutnya adalah untuk menuntut pilihan raya bersih, kerajaan bersih, kukuhkan demokrasi berpalimen, hak membantah serta memperkasakan Sabah dan Sarawak.

"Kita turut menjemput pihak pembangkang bersama dalam konvoi ini dengan sasaran 5,000 orang peserta," katanya pada sidang media selepas menghantar surat pemberitahuan laluan Konvoi BERSIH 5 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak hari ini.

Beliau berkata, konvoi tersebut akan bermula di Miri dan berakhir di bandar raya ini pada 19 November.

"Beberapa NGO dipercayai akan mengadakan program masing-maaing termasuk pendidikan pilihan raya, pendaftaran pengundi dan forum selaras dengan tuntutan Bersih," ujarnya.-Sarawakiana

Mampukah Konvoi BERSIH 5 Tarik 5,000 Peserta? Mampukah Konvoi BERSIH 5 Tarik 5,000 Peserta? Reviewed by Unknown on September 22, 2016 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.