Foto Penerangan |
TANJUNG MANIS : Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini mengadakan lawatan ke Bandar Baru Tanjung Manis.
Sepanjang lawatan itu, Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar berkesempatan menghadiri taklimat tertutup bersama pegawai kanan Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Manis dan Mukah di Kompleks LKIM Tanjung Manis.
Taklimat disampaikan Pegawai Wilayah 2 LKIM Mukah Mastam Nodo.
Antara isu yang diketengahkan semasa talimat tersebut termasuk berkaitan enam kapal nelayan tidak beroperasi, masalah lesen perikanan, menetapkan syarat-syarat mendapatkan lesen, isu penjualan ikan di tengah laut dan banyak lagi.
Turut hadir Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar dan Perikanan (Pesisir) Datuk Julaihi Nahrawi.
Uggah dan rombongan turut melawat tapak Hab Halal Tanjung Manis sebelum berangkat pulang. -Sarawakiana.
Uggah Kunjung Banda Baru Tanjung Manis
Reviewed by Unknown
on
September 01, 2016
Rating:
No comments: