Seo Services

Wukuf Di Arafah Ditetapkan Pada 11 September


MAKKAH: Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf yang merupakan kemuncak ibadah haji, ditetapkan pada 11 Sept (Ahad) dan Aidiladha disambut pada hari berikutnya.

Tarikh itu ditetapkan selepas kerajaan Arab Saudi mengisytiharkan tarikh 1 Zulhijah 1437H adalah pada 3 Sept (Sabtu).

Hari Wukuf yang merupakan rukun haji, pada tahun ini akan menyaksikan perhimpunan kira-kira 2 juta jemaah, termasuk 22,320 jemaah dari Malaysia di padang Arafah untuk berdoa dan memohon keampunan Allah SWT.

Arafah terletak kira-kira 22 kilometer dari sini.- BERNAMA
Wukuf Di Arafah Ditetapkan Pada 11 September Wukuf Di Arafah Ditetapkan Pada 11 September Reviewed by Unknown on September 02, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.