Seo Services

Kekal Atau Mansuh UPSR Diumum Tahun Depan


KUALA LUMPUR: Keputusan mengekal atau memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan tahun depan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pihaknya perlu mempertimbangkan beberapa faktor termasuk pengurusan sekolah di luar negara, selain pandangan ahli akademik dan agensi berkaitan.

Sehubungan itu, katanya, keputusan sama ada UPSR dihapuskan atau berkuat kuasa kepada cohort tertentu, akan diumumkan tahun depan.

"Kita masih mengkaji perkara ini kerana penilaian institusi pendidikan di negara membangun lebih bersandarkan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS).


"Ia bukan sekadar mengambil kira kecemerlangan akademik dan berapa A diraih murid, sebaliknya menitikberatkan penilaian sahsiah dan kemahiran insaniah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, sebentar tadi.-BH
Kekal Atau Mansuh UPSR Diumum Tahun Depan Kekal Atau Mansuh UPSR Diumum Tahun Depan   Reviewed by Unknown on November 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.