Seo Services

15 Cedera Ringan, Pesawat Tergelincir Di Lapangan Terbang Dabolim


GOA, INDIA: Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan dari India, Jet Airways 9W 2374 dilaporkan telah tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dabolim di sini hari ini.

Jet Airways dalam satu kenyataan akhbar menyatakan bahawa pesawat yang membawa seramai 154 penumpang dan tujuh anak kapal itu tergelincir dari landasan lapangan terbang berkenaan ketika berlepas ke Mumbai awal pagi tadi.

Kata Jet Airways, kesemua penumpang selamat dan kira-kira 15 orang mengalami kecederaan ringan semasa berlaku proses pemindahan dari pesawat tergelincir itu.

Menurut Jet Airways, insiden pesawat tergelincir itu berlaku akibat masalah teknikal.

Sementara itu, Lapangan terbang tersebut, telah ditutup sehingga pukul 12.30 tengah hari (3 petang waktu tempatan), kata sumber lapangan terbang itu. - Agensi



15 Cedera Ringan, Pesawat Tergelincir Di Lapangan Terbang Dabolim 15 Cedera Ringan, Pesawat Tergelincir Di Lapangan Terbang Dabolim Reviewed by Unknown on December 27, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.