LOS ANGELES: Kembar siam perempuan berusia dua tahun yang dipisahkan dalam pembedahan selama 17 jam di hospital di California, kini berada dalam keadaan stabil.
Pembedahan dilakukan lima kali setahun di Amerika Syarikat (AS), dengan doktor berjaya melakukannya bulan lalu di Memphis, Tennessee, ke atas pasangan kembar Nigeria itu.
Prosedur ke atas Erika dan Eva Sandoval, yang dilahirkan berhadapan sesama sendiri, dilakukan di Hospital Kanak-Kanak Lucile Packard, sebahagian sistem kesihatan Universiti Stanford di Palo Alto, California.
Pembedahan itu adalah cabaran kerana mereka berkongsi sebahagian besar bahagian bawah tubuh dan mempunyai satu hati, satu pundi kencing dan tiga kaki, kata pegawai hospital dalam kenyataan.
Dalam video yang disediakan hospital, pasukan pembedahan ditunjukkan berkumpul di sekeliling pasangan kembar itu, membentuk bulatan dengan saling lengan masing-masing sebelum memulakan prosedur.
Pasukan itu, dalam pembedahan yang bermula pada Selasa dan berakhir pada awal Rabu, membahagikan pundi kencing kepada dua organ berasingan. Ia juga memisahkan hati untuk diberikan separuh daripadanya kepada setiap seorang kembar itu.
Mereka mempunyai satu kaki, dengan doktor menggunakan kaki ketiga untuk membina semula organ itu, mengambil kulit dan otot yang hampir dengan dinding perut salah seorang kembar itu. Kanak-kanak berkenaan dijangka terus berada dalam unit rawatan rapi di hospital selama dua minggu.
"Melihat mereka dalam ICU dan berfikir, 'kamu kehilangan separuh lagi diri kamu tetapi kami tahu ini yang terbaik buat mereka, untuk bebas, peluang untuk berjaya dan meneroka sendiri apa yang ada dalam dunia ini," kata ibu pasangan kembar siam itu, Aida Sandoval, dalam kenyataan. - REUTERS
17 Jam Pembedahan Pisah Kembar Siam Nigeria
Reviewed by Unknown
on
December 09, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
December 09, 2016
Rating:

No comments: