KUCHING: Polis menahan dua remaja ketika operasi banteras jenayah di sini awal pagi semalam.
Memetik laporan Utusan Borneo, operasi tersebut dimulakan pada jam 1 pagi hingga 6 pagi semalam,
Dua remaja berusia 18 tahun ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes kecurian motosikal yang dilaporkan hilang awal bulan ini.
Dua remaja berusia 18 tahun ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes kecurian motosikal yang dilaporkan hilang awal bulan ini.
Menurut Ketua Polis Kuching Abang Ahmad Abang Julai, seramai sembilan pegawai polis dan 45 anggota lain-lain pangkat dikerahkan ke beberapa kawasan di bandar raya ini untuk menjalankan operasi termasuk Jalan Astana dan Jalan Sultan Tengah.
"Selain itu, sebanyak 12 saman salah laku jalan raya dikeluarkan kepada pesalah sepanjang operasi dijalankan", katanya.
Abang Ahmad menambah sejumlah 151 kereta, motosikal (79) dan van (10) antara yang diperiksa semasa sekatan jalan raya yang dijalankan.-Sarawakiana
2 Remaja Ditahan, Dipercayai Terlibat Kes Curi Motosikal
Reviewed by Unknown
on
December 28, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
December 28, 2016
Rating:

No comments: