DUBAI: Washington akan menghantar 200 lagi anggota tenteranya ke Syria untuk membantu sekutunya pejuang Kurdis dan Arab menawan kembali kubu kuat militan Daesh di Raqa, kata Setiausaha Pertahanan, Ashton Carter hari ini.
"Apa yang boleh saya beritahu hari ini adalah Amerika Syarikat (AS) akan menghantar kira-kira 200 tentera tambahan ke Syria," jelas Carter kepada pembuat dasar negara Teluk di ibu negara Bahrain, Manama.
Washington sudah menghantar kira-kira 300 pasukan tentera khas yang bertindak sebagai penasihat kepada pakatan Angkatan Demokratik Syria. - AFP/BH
200 lagi tentera AS dihantar ke Syria
Reviewed by Admin
on
December 10, 2016
Rating:
Reviewed by Admin
on
December 10, 2016
Rating:

No comments: