Seo Services

24 Cedera Dalam Kebakaran Pangsapuri Manhattan



NEW YORK: Dua puluh empat orang termasuk empat anggota bomba mengalami kecederaan berikutan kebakaran di kompleks pangsapuri pencakar langit di Wide Side Manhattan.

Menerusi akaun Twitter, Jabatan Bomba New York (FDNY) menyatakan 20 orang awam turut cedera dalam kebakaran, enam daripada mereka mengalami kecederaan serius tetapi tiada yang mengancam nyawa.

Seorang kanak-kanak perempuan tujuh tahun mengalami masalah degupan jantung terhenti ketika ditemui anggota bomba di tingkat 21 bangunan itu, tetapi dilaporkan dalam keadaan baik selepas dibawa turun dan diberi rawatan.

Ketua FDNY, James Leonard, memberitahu stesen WNBC, seorang lagi penduduk awam juga cedera kritikal.

Tingkat tiga dan empat bangunan di 515 West 59th Street itu terbakar kira-kira jam 5.00 petang waktu tempatan.

Api berjaya dipadamkan satu jam setengah selepas itu. Pengurusan menasihatkan penduduk supaya menutup tingkap rumah bagi menghalang asap.

Pasukan bomba terus menjalankan pencarian di bangunan itu selepas api dipadamkan, kerana ada penduduk dilaporkan terperangkap.

Punca kebakaran masih belum diketahui.- Agensi


24 Cedera Dalam Kebakaran Pangsapuri Manhattan 24 Cedera Dalam Kebakaran Pangsapuri Manhattan Reviewed by uMieySurianie on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.