Seo Services

Cincin Besi Tersekat, Kemaluan Bengkak Kebiruan


TINDAKAN suka-suka seorang lelaki berusia 50 tahun dari bandar Suqian, timur China memakai cincin besi pada kemaluannya bertukar tragedi apabila ianya gagal ditanggalkan.

Menurut laman JSTV iaitu sebuah stesen televisyen tempatan di wilayah Jiangsu, mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu difahamkan memakai cincin besi tersebut pada kemaluannya sebelum tidur sekadar suka-suka sahaja.

Namun apabila dia bangun keesokan paginya, objek itu telah menjadi ketat dan sukar untuk ditanggalkan.

Mangsa segera mendapatkan rawatan di Hospital Dong Feng dan doktor memaklumkan kejadian itu kepada pasukan bomba dari bandar Suqian pada jam 1 tengah hari pada 20 Disember.

Di dalam video yang dikongsi oleh laman JSTV, anggota bomba memberitahu berkata kepada mangsa “Jika ia menyakitkan, beritahu kami. Bertenang sahaja.”

Sebaik sahaja anggota bomba itu memulakan operasinya, salah seorang daripada kakitangan perubatan hospital itu mengeluarkan telefon dan merakamnya.

Pasukan bomba itu berusaha menanggalkan cincin besi tersebut menggunakan pliers namun tidak berjaya lalu mencuba kaedah lain dengan menggunakan disc-cutter memandangkan kemaluan mangsa telah membengkak dan bertukar kebiruan.

Jelas kelihatan percikan api terhasil daipada geseran pemotong itu dengan cincin besi tersebut semasa proses pemotongan. Air sentiasa dicurahkan kepada alat kelamin mangsa untuk mengelakkan cincin besi itu menjadi panas.

Selepas kira-kira 20 minit, cincin besi itu berjaya ditanggalkan dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan semasa proses itu dijalankan. – MYNEWSHUB.CC
Cincin Besi Tersekat, Kemaluan Bengkak Kebiruan Cincin Besi Tersekat, Kemaluan Bengkak Kebiruan Reviewed by Unknown on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.