Seo Services

Bekas Peguam Negara Mula Karier Baharu



KUALA LUMPUR: "Apa lagi hendak dicakapkan, saya memulakan karier baharu," kata bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, selepas diterima untuk beramal sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi.

Abdul Gani ditemui selepas majlis penerimaan masuk peguambela dan peguamcara yang dijalankan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk John Louis O'Hara. Pada majlis itu, bekas Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, sebagai pengajar memakaikan jubah kepada Abdul Gani selaku pelajarnya, menandakan beliau kini adalah peguambela dan peguamcara.

Terdahulu peguam pengusul yang juga bekas Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong, membacakan petisyen Abdul Gani.

Petisyen untuk diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara itu tidak mendapat bantahan daripada mana-mana pihak.

Pada Ogos lalu, anak lelaki Abdul Gani, Faezul Adzra Patail, menubuhkan sebuah firma guaman dengan nama Gani Patail Chambers.

Abdul Gani, 61, bersara sebagai peguam negara pada Oktober tahun lalu.- Berita Harian
Bekas Peguam Negara Mula Karier Baharu Bekas Peguam Negara Mula Karier Baharu Reviewed by uMieySurianie on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.