KUCHING: Seramai 95,524 rakyat di negara ini disahkan menghidap HIV positif dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, jumlah itu agak membimbangkan dan perlu diberi perhatian menyeluruh kepada pesakit berkenaan.
"Kita dimaklumkan bahawa jumlah pesakit ini meningkat berpunca daripada transmisi seksual bebas.
"Jadi, perkara ini perlu dipandang serius bagi memastikan kadar pesakit dan kematian daripada jangkitan HIV berkurangan," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Hari Aids Sedunia 2016 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini sebentar tadi. - K! ONLINE
95,534 Rakyat Malaysia Hidap HIV
Reviewed by Unknown
on
December 08, 2016
Rating:
No comments: