Seo Services

Abang Bomba Cedera Dipatuk Ular Senduk


KUALA KUBU BHARU: Seorang anggota bomba cedera akibat dipatuk seekor ular senduk di Taman Kemboja, Bukit Beruntung di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10.55 malam itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi tersebut selepas mendapat panggilan kecemasan.

Menurut jurucakap bomba, mangsa, Mohammad Amin Hassan yang menyertai operasi tersebut terkena patukan ular senduk sepanjang satu meter.

Katanya, mangsa kemudiannya segera dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh bagi menerima rawatan di zon merah dan dilaporkan stabil.

Tambahnya, Mohammad Amin kemudiannya dipindahkan ke Wad 4A hospital sama bagi menerima rawatan lanjut dan masih lagi dalam pemerhatian.

Difahamkan, ular senduk yang mematuk anggota bomba tersebut berjaya ditangkap menggunakan penjerut lalu dilepaskan di kawasan selamat. - K! ONLINE


Abang Bomba Cedera Dipatuk Ular Senduk Abang Bomba Cedera Dipatuk Ular Senduk Reviewed by Unknown on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.