Seo Services

Polis Victoria Gagalkan Rancangan Serangan Di Melbourne


SYDNEY: Rancangan ganas ketika Krismas menyasarkan pusat bandar raya Melbourne digagalkan selepas siri penangkapan dalam serbuan di seluruh bandar raya itu.

Ketua Pesuruhjaya Polis Victoria, Graham Ashton, mendakwa mereka yang ditahan merancang menggunakan bahan letupan, pisau dan senjata untuk menyerang lokasi sibuk termasuk Stesen Kereta Api Flinders Street, Dataran Persekutuan dan Gereja Besar St Paul.

"Sejak dua minggu lalu, kami melakukan siasatan jenayah berkaitan maklumat apa yang kami percaya adalah rancangan ganas.

"Kami percaya ada cubaan melancarkan apa yang kami sifatkan sebagai serangan pelbagai kaedah, kemungkinan pada Hari Krismas. Serangan yang sedang dirancang itu, membabitkan letupan, penggunaan bahan letupan dan kami mengumpulkan bukti menyokongnya," kata Ashton kepada sidang akhbar.

Polis percaya, perancang juga merancang menggunakan senjata lain termasuk pisau.

Sasaran serangan adalah di kawasan sama di pusat bandar raya, dan berhampiran Dewan Kriket Melbourne yang dijangka dihadiri 100,000 penonton untuk menyaksikan perlawanan antara Australia dan Pakistan pada 26 Disember ini.

Daripada tujuh yang ditahan pagi ini, lima masih dalam tahanan. Semuanya dipantau selama beberapa minggu.

Ashton berkata, empat daripada mereka dilahirkan di Australia berketurunan Lubnan, dengan suspek kelima adalah rakyat tempatan dilahirkan di Mesir, semua dalam lingkungan usia 20-an.

"Mereka bergerak sendiri, kami percaya, tetapi mendapat ilham daripada propaganda Daesh. Jika kami terlepas pandang perkara ini, saya percaya ia akan menjadi serangan teruk. Tiada keraguan lagi.

"Ramai yang akan cedera, berdasarkan apa yang kami lihat.," katanya. Pasti ramai yang cedera atau terbunuh dalam serangan ini," katanya.

Rancangan yang digagalkan itu didedahkan ketika Austalia diletakkan dalam keadaan berwaspada tinggi selepas kes rempuhan trak di pasar Krismas di Berlin, mengorbankan 12 orang dalam serangan didakwa dilakukan Daesh. - AFP
Polis Victoria Gagalkan Rancangan Serangan Di Melbourne Polis Victoria Gagalkan Rancangan Serangan Di Melbourne   Reviewed by Unknown on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.