Rintihan anak Sarawak yang bersarapan di Laksa & Chicken Rice Cafe mencurah rasa terkilan apabila dibuang kerja. Penulis hanya berminat memdengar perbualan mereka sambil menghirup kopi 'O' panas kurang manis sebagai penyegar tekak ketika bersarapan.
Lima orang yang dalam lingkungan umur 20'an dan 40'an sedang duduk semeja dengan masing-masing membawa beg pakaian seolah-olah mereka baru pulang dari luar negara. Wajah suram jelas kelihatan pada raut wajah mereka.
Kedengaran jelas percakapan mereka yang mengakui telah bekerja selama 20 tahun di Singapura dan yang lain bekerja lebih dari lima tahun. Kegusaran mereka adalah bagaimana untuk mencari kerja baru yang selama ini mereka sudah biasa kerja di perantauan.
Dengan nada kecewa mereka merasa terkilan apabila tidak menyangka dibuang kerja keranamenyangka Singapura adalah lubuk kerja bagi mereka dan beranggapan akan memperolehi masa depan yang cerah.
Namun harapan mereka berkecai di tengah jalan dan impian selama ini musnah sekelip mata. Mahu tidak mahu terpaksa mencari kerja baru dan bermula dari bawah lagi.
Inilah kesannya apabila sebuah negara yang disangka hebat tidak mempunyai daya tahan apabila ekonomi global tidak menentu. Yang terkesan terlebih dahulu adalah pekerja imigran terpaksa menghadapi situasi dibuang kerja.-Sarawakiana
Aram Ngupi : Apa Boleh Buat, Kerja Buang Kita, Balik Kampunglah
Reviewed by Unknown
on
December 19, 2016
Rating:
No comments: