Seo Services

Bazar Bunga Api Terbesar Hangus


TULTEPEC: Sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh dan 72 lagi cedera dalam letupan besar yang memusnahkan bazar bunga api terbesar di Mexico, Bazar San Pablito kelmarin, kata pihak berkuasa.

Letupan kuat itu mengakibatkan kebakaran besar di Bazar San Pablito yang terletak di Tultepec, pinggir bandar raya Mexico dan mencetuskan beberapa letupan susulan.

Ketika kejadian, bazar itu dipenuhi orang ramai yang mahu membeli bunga api dan mercun bagi memeriahkan pe­rayaan Krismas dan tahun baru tidak lama lagi.

Dari jarak beberapa kilometer, siri letupan pada pukul 2.50 petang (waktu tempatan) itu kelihatan seperti pertunjukan bunga api dengan percikan api berwarna biru, merah dan putih naik ke udara, namun situasi sebenar adalah sebaliknya.

Daripada 31 orang yang di­sahkan terbunuh, 26 meninggal dunia di lokasi kejadian dan lima lagi di hospital, media tempatan memetik ketua pendakwa raya Mexico, Milenio Alejandro Gomez sebagai berkata.

Dalam perkembangan ber­kaitan, pakar-pakar forensik giat melakukan analisis genetik terhadap mayat-mayat mangsa yang rentung dan sukar untuk dikenal pasti.

Pihak berkuasa berkata, sekurang-kurangnya 72 mangsa cedera dengan 21 orang dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di hospital tempatan.

Pasukan bomba pula mengambil masa tiga jam untuk mengawal kebakaran besar itu.

Bazar tersebut mempunyai 300 gerai menjual pelbagai bu­nga api dan mercun, manakala punca kejadian masih disiasat. – AFP



Bazar Bunga Api Terbesar Hangus Bazar Bunga Api Terbesar Hangus Reviewed by Unknown on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.