Seo Services

Kampung Bawang Matu Lubuk Ikan Air Tawar


Jika berkunjung ke Matu, jangan lupa singgah ke Kampung Bawang Matu untuk menyaksikan sendiri kehidupan masyarakat Melanau serta keindahan sungai yang airnya berwarna kemerahan seperti air teh.

Apa yang menariknya tentang sungai Kampung Bawang ialah kesejukan airnya dan ikan yang terdapat dalam sungai tersebut. Antara jenis ikan yang boleh didapati ialah ikan keli hutan, tapah, puyu dan sebagainya. Malah ikan-ikan tersebut begitu sedap dan terasa kemanisan isinya.


Malangnya potensi yang ada pada sungai tersebut tidak diambil perhatian dan ia boleh dikomersialkan jika diurus dengan betul.

Misalnya ikan keli Kampung Bawang tidak seperti ikan keli kolam yang biasa di pasaran. Ia lebih segar rasanya dan tidak hanyir. Jika sungai tersebut diwujudkan sangkar ternak ikan keli, secara langsung ia berpotensi sebagai pengeluar ikan keli hutan yang besar untuk pasaran makanan di Sarawak.


Ini kerana sungai tersebut sudah tidak dilalui oleh bot disebabkan jalanraya sudah menjadi penghubung. Lagipun terdapat banyak ikan keli hutan yang menjadi sumber makanan penduduk kampung.

Bukan setakat ikan keli hutan sahaja, ikan tapah dan puyu boleh dijadikan sumber ekonomi Kampung Bawang. Diharap kerajaan melihat potensi Kampung Bawang sebagai lubuk pengeluaran hasil ternakan ikan keli hutan yang akan memberi pulangan lumayan kepada penduduk justeru menyumbang peningkatan ekonomi negeri.-Sarawakiana
Kampung Bawang Matu Lubuk Ikan Air Tawar Kampung Bawang Matu Lubuk Ikan Air Tawar Reviewed by Unknown on December 22, 2016 Rating: 5

1 comment:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.