Seo Services

Ramai Kanak-Kanak Cedera, Mati Tidak Pakai Helmet

Gambar Hiasan
KAJANG: Seramai 3,816 penunggang motosikal maut akibat kemalangan jalan raya pada 2015 berdasarkan statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Daripada jumlah itu, sebanyak 1,295 kematian adalah akibat tidak memakai topi keledar manakala 158 lagi akibat tidak mengikat tali keledar.

Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), selain golongan dewasa, antara 500 dan 1,000 orang kanak-kanak turut maut atau cedera setiap tahun kerana tidak mendapat perlindungan topi keledar ketika membonceng motosikal.

Ini berlaku akibat kecuaian ibu bapa mereka sendiri yang mengabaikan keselamatan anak sendiri.

Malah ibu bapa tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak apabila mereka sendiri tidak mengenakan topi keledar keselamatan ketika menunggang motosikal.

Kajian penyelidik UPM itu juga menunjukkan sebanyak 97 peratus kanak-kanak yang membonceng motosikal tidak mendapat perlindungan keselamatan sepenuhnya.

Daripada jumlah itu, 37 peratus daripada mereka didapati menggunakan topi keledar dewasa yang tidak bersesuaian, 24 peratus menggunakan topi keledar permainan dan 36 peratus lagi tidak menggunakan sebarang topi keledar. - Bernama



Ramai Kanak-Kanak Cedera, Mati Tidak Pakai Helmet Ramai Kanak-Kanak Cedera, Mati Tidak Pakai Helmet Reviewed by Unknown on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.