Seo Services

Penerbangan MH1 MAS Berpatah Balik Ke London Kerana Masalah Teknikal



KUALA LUMPUR: Penerbangan MH1 Malaysia Airlines (MAS) dari London ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Heathrow, setelah mengalami masalah teknikal malam tadi.

Dalam kenyataan hari ini, MAS berkata Penerbangan MH1 yang menggunakan pesawat jenis A380-800 mengalami kecacatan teknikal pada satu daripada pintunya ketika terbang di ruang udara Jerman.

"Demi keselamatan penumpang, kapten penerbangan membuat keputusan berpatah balik ke Lapangan Terbang Heathrow.

"Gegaran dan bunyi bising daripada pintu itu bagaimanapun tidak mempunyai risiko serta-merta," kata kenyataan itu.-BERNAMA
Penerbangan MH1 MAS Berpatah Balik Ke London Kerana Masalah Teknikal Penerbangan MH1 MAS Berpatah Balik Ke London Kerana Masalah Teknikal Reviewed by uMieySurianie on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.