Seo Services

Buaya Terjerat Pada Pukat


LIMBANG: “Buaya lagi…” Itulah rungutan ‘biasa’ seorang nelayan, Sunting Pasang, 74, sebaik mendapati beberapa ekor anak buaya terjerat pada pukat yang dipasangnya di muara Sungai Pandaruan dekat sini.

“Saya memang kerap melihat anak buaya tersangkut di pukat setiap kali mengangkat pukat ketika menangkap ikan,” katanya di sini semalam.

Beliau yang sudah lali menyaksikan kehadiran buaya itu berkata, biasanya anak buaya terbabit dilepaskannya kembali ke sungai dan selebihnya dibawa ke pasar ikan untuk dipamerkan.

“Mula-mula memang ada pelanggan yang lari dan terkejut dengan kehadiran anak buaya di pasar ikan.

“Tetapi, sekarang mereka sudah biasa melihat anak buaya selepas melihat saya kerap membawa ke pasar ikan,” katanya sambil menambah anak buaya terbabit dilepaskan semula ke sungai selepas dipamerkan.

Sunting menjelaskan, selain anak buaya beliau juga kerap menyaksikan ibu buaya yang agak besar tersangkut di pukatnya.-UB
Buaya Terjerat Pada Pukat Buaya Terjerat Pada Pukat Reviewed by Unknown on December 28, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.