Seo Services

Budiman Perkenal Salam 2 Jari, Gunting Rambut RM2

Budiman Perkenal Salam 2 Jari, Gunting Rambut RM2
PRIHATIN… Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi bakal mengeluarkan kupon Salam 2 Jari, Gunting Rambut RM2 kepada murid sekolah di kawasannya menjelang pembukaan sekolah.

Tawaran istimewa itu dibuka kepada semua pelajar malah mereka hanya perlu mendapatkan kupon tersebut di beberapa tempat untuk perkhidmatan potongan rambut di kedai gunting rambut yang akan ditentukan kemudian.

“Kupon boleh digunakan bermula 28 Disember hingga 2 Januari di kedai gunting rambut biasa. Bukan di salun kecantikan. Kedai biasa mengenakan harga RM8 tetapi dengan kupon ini, mereka hanya bayar RM2,” katanya.

Lebih menarik lagi, Budiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang dijangka memotong rambutnya sendiri supaya beliau dapat tampil lebih kemas bersama-sama dengan murid-murid terlibat.

“Tan Sri Shahrir Samad banyak kali tanya bila saya akan potong rambut, maka saya akan potong bersama-sama mereka nanti, Tan Sri,” katanya sambil berseloroh kepada Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional itu.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan perasmiannya ketika Majlis Sinar Harapan Yayasan Sime Darby (YSD) ‘Back To School’ di Bangunan UMNO Bahagian Sungai Besar, Selangor pada Khamis yang turut dihadiri Shahrir.

Budiman, 44, yang dilantik sebagai pengerusi baharu Institut Terjemahan dan Buku Malaysia bulan lalu memang terkenal dengan fesyen rambut tebal sehingga menjadi identiti dirinya dalam kalangan penduduk tempatan sendiri.

Dalam pada itu Ketua Pegawai Eksekutif YSD, Yatela Zainal Abidin ketika ditemui pemberita berkata, ia program biasa dilakukan pihaknya melibatkan aktiviti tanggungjawab sosial seperti alam sekitar, kesihatan dan sebagainya.

“Untuk program hari ini, jumlah setiap pelajar terima adalah dalam RM122 setiap keluarga terdiri daripada beg sekolah, baju sekolah, stoking dan alat tulis bagi isirumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000.

“Kita melakukan aktiviti ini setiap tahun sehingga ke Sabah dan Sarawak,” katanya. Pada program itu, seramai 200 murid dari pelbagai sekolah rendah di Parlimen Sungai Besar dipilih oleh YSD. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Budiman Perkenal Salam 2 Jari, Gunting Rambut RM2 Budiman Perkenal Salam 2 Jari, Gunting Rambut RM2 Reviewed by Azmin on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.