Seo Services

Adik TPM Meninggal Dunia


IPOH, 23 Dis (Bernama) -- Adik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Dzulfikri meninggal dunia pada pukul 11.30 malam tadi di ibu negara.

Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Khairuddin Tarmizi Ketika mengesahkan perkara itu berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 45 tahun di Hospital Angkatan Tentera Sultan Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

"Ketika Datuk Seri Ahmad Zahid menelefon saya memaklumkan mengenai perkara ini tadi, saya tidak sempat bertanyakan sakit apa," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Khairuddin berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh selepas solat Jumaat esok.

--BERNAMA
Adik TPM Meninggal Dunia Adik TPM Meninggal Dunia Reviewed by Azmin on December 23, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.