Seo Services

MH1 Siap Dibaiki, Teruskan Perjalanan Ke Tanah Air




KUALA LUMPUR: Pesawat MH1 yang terpaksa berpatah balik kerana masalah teknikal, diberi 'lampu hijau' untuk meneruskan perjalanan dari London ke Kuala Lumpur.

Kapal terbang jenis Airbus A380-800 itu berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow, London pada jam 7.15 pagi tadi waktu tempatan dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 4.45 pagi, esok.

Malaysia Airlines Berhad (MAB) dalam kenyataan menjelaskan, pemeriksaan oleh jurutera dan pegawai penyelenggaraan syarikat Airbus mendapati panel pintu pesawat berkenaan longgar, sekali gus mencetuskan gegaran dan bunyi bising ketika penerbangan.

"Satu panel pada pintu pesawat berkenaan diketatkan dan pemeriksaan lanjut mengesahkan MH1 tidak mempunyai sebarang masalah, justeru ia boleh meneruskan perjalanan.

"Keselamatan kekal menjadi keutamaan kami, malah MAB sudah mengambil langkah sewajarnya dalam menyelesaikan urusan penumpang yang mempunyai penerbangan transit dari Kuala Lumpur menggunakan pesawat lain bagi memastikan mereka tiba di destinasi secepat mungkin.

"Penumpang lain turut disalurkan mengenai perkembangan terkini dan sajian ringan sementara menunggu pesawat siap diselenggara di Lapangan Terbang Heathrow," katanya.

Pesawat MH1 awal pagi tadi dilaporkan terpaksa berpatah balik kerana mengalami masalah teknikal pada pintu sehingga menghasilkan gegaran dan bunyi kuat ketika berada di ruang udara Jerman.

Difahamkan, pesawat yang berlepas pada jam 9.58 malam tadi waktu tempatan (jam 5.58 pagi ini waktu Malaysia), dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 6.25 petang ini. - BH

MH1 Siap Dibaiki, Teruskan Perjalanan Ke Tanah Air MH1 Siap Dibaiki, Teruskan Perjalanan Ke Tanah Air Reviewed by uMieySurianie on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.