Seo Services

Lelaki berpangkat 'Datuk' Parah Ditetak Dalam Kejadian Samun




IPOH: Seorang lelaki berpangkat ‘Datuk’ cedera parah selepas ditetak di dalam rumahnya dipercayai dalam satu kejadian samun di Meru Heights, di sini petang tadi.

Difahamkan mangsa kini dalam keadaan kritikal.

Menurut jiran mangsa, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu dia terdengar bunyi bising di rumah mangsa.

“Ketika itu saya di luar dan isteri saya yang memberitahu rumah sebelah bising dan minta saya menelefon Datuk itu. Saya telefon Datuk tetapi isteri beliau yang angkat dan minta saya tolong, pulang dengan segera ke rumah datuk.

“Bila saya sampai di rumah, polis telah pun ada di pekarangan rumah tersebut,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini hari ini.

Difahamkan mangsa ketika ini sedang mendapat rawatan di Hospital Besar Ipoh.

Menurut sumber, polis kini sedang memburu enam suspek berusia 25 hingga 30 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.
Katanya lagi, polis percaya kumpulan tersebut telah terlibat dalam tujuh kes samun di Kajang, Rawang, Tapah, Gopeng, Slim River dan Ipoh.

Tambahnya, selepas satu jam kejadian samun di rumah Datuk berkenaan, kumpulan sama dipercayai melakukan samun di Taiping pula.- Awani
Lelaki berpangkat 'Datuk' Parah Ditetak Dalam Kejadian Samun Lelaki berpangkat 'Datuk' Parah Ditetak Dalam Kejadian Samun Reviewed by uMieySurianie on December 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.