Seo Services

Cabul Penuntut IPT, Penganggur Warga India Terima Hukuman


KUALA LUMPUR: Seorang penganggur warganegara India dipenjara empat bulan dan satu sebatan kerana mencabul seorang penuntut sebuah institusi pengajian swasta, bulan lepas.

Majistret Siti Radziah Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Kanwanjit Singh, 38, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap wanita berusia 22 tahun itu dengan niat mencabul kehormatannya di kawasan menunggu di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan di sini pada 5 petang, 18 Oktober lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Aftal Mariz Mohamed memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran bagaimanapun tertuduh, yang tidak diwakili peguam merayu, dikenakan hukuman sebat sahaja.

Berdasarkan fakta kes, mangsa telah terlanggar tangan tertuduh ketika menuju ke stesen LRT itu lalu meminta maaf dan terus meninggalkan tertuduh untuk menunggu giliran masuk ke dalam tren.

Namun, mangsa terasa ada tangan yang memegang punggungnya dan apabila dia menoleh ke belakang, mangsa mendapati tertuduh yang melakukan perbuatan itu. – BERNAMA
Cabul Penuntut IPT, Penganggur Warga India Terima Hukuman Cabul Penuntut IPT, Penganggur Warga India Terima Hukuman Reviewed by Unknown on December 07, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.