KUCHING: Penglibatan masyarakat dengan dadah bukan sahaja menghancurkan perancangan masa depan negara tetapi turut membantutkan usaha seseorang individu untuk berjaya dalam kehidupan.
Sehubungan itu, Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, masyarakat terutama golongan muda supaya tidak terikut-ikut dengan rakan sebaya di tempat masing-masing yang terjerumus dengan gejala negatif tersebut.
Malah menurutnya, agensi kerajaan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan badan bukan kerajaan (NGO) terutama Persatuan Mencedah Dadah Malaysia (PEMADAM) kerap mengadakan program bagi meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang bahaya dadah.
"Jangan terikut-ikut dengan kawan di kawasan kediaman masing-masing kerana ia boleh menggelapkan masa depan," katanya berucap merasmikan Program Cekal : IPT Bebas Dadah 'Bebas Dadah' di Centre of Technical Excellence (CENTEXS), hari ini.
Karim berharap golongan muda supaya mempunyai semangat untuk mengubah nasib keluarga dan bukannya berminat untuk terlibat dengan dadah.
"Dadah boleh diibaratkan seperti api kalau dibiarkan akan jadi kebakaran. Oleh itu semua semua pihak perlu bekerjasama membendung penglibatan anak muda dengan dadah," ujarnya.-Sarawakiana
Dadah Seperti Api, Jika Dibiar Terus Terbakar
Reviewed by Unknown
on
December 08, 2016
Rating:
No comments: