Seo Services

[VIDEO] Kisah Kesabaran Pelayan Restoran Dapat Ganjaran Tak Dijangka

The Luby Restorant di Brownsville Texas mempunyai pelanggan yang ramai serta memiliki berbagai ragam dan kerenah pelanggan.

Melina Salazar seorang pelayan sering berhadapan dengan situasi tidak menentu pelanggan yang datang ke resteron tersebut. Ada kalanya pelanggan begitu positif tingkah laku dan tidak kurang pula yang bersikap yang boleh membangkitkan kemarahan.

Namun bagi Melina, beliau tetap menjalankan tugas dengan hati terbuka walaupun sering dimarahi oleh pelanggan.

Menurut Melina, terdapat satu pengalaman yang tidak akan luptu daripada ingatan. Beliau sering mendapat cemuhan dan kemarahan seorang pelanggan tua yang berusia 89 tahun yang telah melanggan selama tujuh tahun di restoran tersebut.

Pelanggan yang bernama Walter M 'Buck' Sword sering menguji tahap kesabaran Melina selama tujuh tahun. Namun Melina tetap melayan pelanggan istimewa tersebut dengan senyuman, kata-kata manis dan menghidangan makanan dengan cara tersendiri.

Selama tujuh tahun juga Melina tetap akan menunggu Walter datang dan akan menyambut dengan ukiran senyuman yang menawan. Namun setelah tujuh tahun Walter menjadi pelanggan tetap restoren tersebut, suatu hari Melina merasa sedih apabila mengetahui khabar melalui akhbar bahawa Walter telah meninggal dunia, menurut sumber Newsner


Melina memang terasa begitu sedih kerana satu-satunya pelanggan yang istimewa bagi beliau telah meninggal dunia dan beliau akan merindui sikap Walter di masa akan datang.

Namun sesuatu tidak disangka telah muncul dalam hidup Melina apabila seorang peguam datang mengunjungi restoran berkenaan dan mencari Melina. Melina agak terkejut kerana tidak pernah orang asing mengetahui nama beliau melainkan pelanggan tetap di situ sahaja.

Peguam tersebut mengajak Melina berbincang dan memberitahu bahawa sebelum Walter meninggal dunia, mendiang telah menulis wasiat dan Melina adalah penerima wasiat tersebut. Melina mendapat wang tunai sebanyak 50,000 Dolar Amerika dan sebuah kereta.

Melina tidak menjangka sampai begitu sekali bahawa wasit tersebut dituju kepada beliau dan beliau tidak dapat menahan airmata daripada mengalir. Inilah dikatakan rezeki kepada orang yang sabar meayani kerenah pelanggan yang mungkin menjelikkan bagi pelayan lain.

Pada masa sama Melina berpesan kepada masyarakat agar sering berbuat baik kepada insan lain walaupun diri sering menjadi pelepas kemarahan orang lain.-Sarawakiana



[VIDEO] Kisah Kesabaran Pelayan Restoran Dapat Ganjaran Tak Dijangka [VIDEO] Kisah Kesabaran Pelayan Restoran Dapat Ganjaran Tak Dijangka Reviewed by Unknown on December 08, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.