DUBAI mengharamkan sebarang aktiviti memeriksa telefon bimbit pasangan suami isteri tanpa pengetahuan pasangan masing-masing.
Menurut Mufti Besar Dubai, Dr Ali Ahmed Mashael, Islam melarang perbuatan ‘mengintip’ di antara pasangan suami isteri, sahabat, adik-beradik dan juga di antara pasangan kekasih.
Menurut beliau lagi, sepatutnya sebagai seorang Muslim sikap saling percaya mempercayai di antara pasangan ditanam dalam diri setiap individu.
Memeriksa kandungan telefon bimbit tanpa pengetahuan pemiliknya adalah suatu kesalahan yang boleh membawa kepada permasalahan yang lebih besar sekiranya berterusan.
Memeriksa kandungan telefon bimbit tanpa pengetahuan pemiliknya adalah suatu kesalahan yang boleh membawa kepada permasalahan yang lebih besar sekiranya berterusan.
Antaranya, hilang kepercayaan terhadap pasangan serta perasaan curiga pasangan bermain kayu tiga akan sentiasa menganggu fikiran.
Jika tertangkap, pesalah boleh dihadapkan ke penjara serta didenda mengikut undang-undang negara tersebut. – MYNEWSHUB.CC
Dubai Haram Periksa Telefon Pasangan Masing-Masing
Reviewed by Azmin
on
December 27, 2016
Rating:
No comments: